Monday, October 28, 2013

2 hari 1 malam

Posted by Unknown at 5:17 PM
Percutian yang memberi banyak makna. Bercuti di Hosp.Kuala Lipis. Haaa tapi bukan aku yang ditahan tapi wan aku. Aku cuma menjadi cucu mithali menjaga wan ku yang sakit. Hewhew :P

Menjaga orang tua bukanla semudah yang disangka. Tapi alhamdulillah wan aku tak banyak songeh. Sangatlah mudah menjaganya. Aku just perlu suap makan, ubat dan lap badan dia. Tu je.
Dan ofcozla wan aku duduk wad orang tua, takkan duduk wad kanak-kanak plak kan. Masa menjaga ni laa aku dapat melihat pelbagai ragam dan kerenah orang tua.

Sedih, sebak. Itulah perasaan pertamaku melihat mereka. Bayangkan seorang wanita tua kena cucuk, kena masuk air. Tubuh mereka bukanlah kuat dah. Even aku sendiri pon takut kena cucuk. Apatah lagi nenek nenek sekalian. Ada yang dah nyanyuk. Ada yang terlebih peramah. Ada yang happy go lucky. Teringat satu situasi ni, nenek ni dah nyanyuk mungkin. Anak dia jaga lebih kurang baya mak aku kot. Tapinya nenek ni tak suka anak dia tu. Macam macam nenek tu cakap lepas tu nenek tu siap nak keluar hosp. Nak balik rumah amik duit. Nak bayar dekat nurse tu. Hehehe tu aku rasa agak geli hati sikit.

Lepas tu tak kurang juga nenek ni sentiasa senyum. Tapi dia tak daya berjalan. Hanya baring je dekat katil dia. Alhamdulillah wan aku masih mampu berjalan. Tapi nenek tu sentiasa positif. Nurse tanya dia 'seronok dok hosp nek?' Nenek tu dengar ceria jawab 'seronok.' So far yg aku perasan anak lelaki dia sorg tu jela yg rajin dtg. And cucu nenek tu sgt comel dan petah bercakap. Nenek tu ada lagi anak lain tapi duduk jauh so payahla nak dtg. Anak dia yg lelaki tu je dekat and yg menjaga nenek tu. Malam aku jaga tu anak dia lap kan badan dia and tukarkan pampers sekali. Bila anak dia dah balik dia panggil aku minta tlg longgarkan skit pampers dia. Ketat sgt. 2,3 kali jugala aku betolkan ikut keselesaan dia. Lepas dah ok, dia gelak and cakap 'nasib ada adik yea tolong nenek.' Tersentuh hati aku dengar nenek tu cakap mcmtu.

Dan wan aku pula tak kurang manjanya.. Hehehe. Makan kena sentiasa suapkan dan dia makan pon berselera. Alhamdulillah. Walaupun hanya satu malam aku menjaganya banyak benda yang selama ni tak terjangka di akal fikiran berlaku di hadapan mata. Yelah aku tak pernah ada experience menjaga orang tua dan itu adalah pertama kali dalam sejarah hidup aku menjaga. Pelbagai kareneh dan ragam manusia. Dan menyebabkan aku terfikir bagaimana nasib aku akan datang.

Satu malam yang sangat bermakna. Yang menginsafkan diri aku. Menyedarkan aku akan kebesaran Ilahi yang selama ni aku abaikan. Seandainya mati itu mampu mengurangkan kesakitan aku redha daripada melihatnya dalam penderitaan. Sungguh jika kita masih berperikemanusiaan kita takkan sanggup melihatnya. Selain dari itu, pengalaman yang paling 'bahagia' aku rasa, pinggang aku rasa nak tercabut gara gara tido atas kerusi. Lena tak lena tu tak payah nak ceritalaa. Sememangnya tak kan lena lah. Tapinya pinggang aku rasa nak tercabut. Lenguh tak usah cerita. Dapat baring atas lantai pon aku rasa dah bersyukur sangat sangat.

Sekian saja, kisah percutian ku di Hosp.Kuala Lipis. Semoga bermanfaat diatas perkongsiaan ini :)

*ps: tak sempat nak jumpa doktor-doktor hensem. 

0 comments:

Post a Comment

 

syiera_umar Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos