Wednesday, May 8, 2013

Kelahiran :)

Posted by Unknown at 2:14 PM
Bismillahirrahmanirrahim and Assalamualaikum. Hye ebelibodi. Sihat semua? Alhamdulillah. Okay hari ni tetiba rasa nak bercerita pasal hari kelahiran. Semua orang bila sebut pasal birthday semua excited kan nak celebrate. Adatla manusia terasa ingin dihargai kan. Yea yea betulla tu tak kata salah. Dalam hierarki pon ada menyatakan manusia memerlukan penghargaan tak kisahla dari sesama manusia ataupun dia sendiri kan. Em tapi bukan tu pointnya skg. Hehehehe. Cuba kita berfikir sejenak apa sebab kita dilahirkan ke dunia? Adakah hanya untuk bersuka ria? Ataupun beribadah kepada Allah SWT? Diri kita sepatutnya kita lebih memahami. Tak salah untuk menyambut hari kelahiran tapi rasanya tak perlu kot sampai ada parti campur laki pompuan, berdisko dan sebagainya. Nak sambut apa salahnya buat jamuan makan makan, buat tahlil ke. Tu lagi afdal kan? Look, bila tibanya birthday kita apa yang kalian fikir? Umur makin meningkat kan? Adakah itu bermakna anda makin kena bersosial? Sedarlah wahai sahabat sekalian, umur makin meningkat tapi adakah amalan kita juga semakin meningkat? Saya tak cakapla saya baik sangat. Saya pon dulu macam tu juga asal birthday je nak celebrate dengan kengkawan dengan family. Nak have fun gila semua tu. Yeah we olls kan remaja gitu. But then, meningkatnya lagi umur membuatkanku makin berfikir ape yang aku dapat buat macam tu. Padahal di akhirat kelak tidak akan ditanya apa yang kau buat semasa hari kelahiran kau. So starting that, aku dah macam tak kisah dengan birthday aku malah ia membuatkan aku berasa takut. Umur makin meningkat bermakna kematian kita juga sudah semakin menghampiri. Takde org makin meningkat umur makin menjauhi kematian. Semua yg hidup akan mati. Bayangkan sahabat, kita lahir diiringi dengan azan malah kita mati pon diiringi azan. Nampak tak betapa dekatnya kita dengan kematian kita. Andai kata Subuh tadi kita lahir, tidak mustahil azan Zohor, Asar, Maghrib atau pon Isya' nanti kita akan mati. Nampak tak betapa singkatnya kehidupan kita? So di sini saya ingin mencadangkan apa kata bila tibanya hari kelahiran kita, kita berfikir sejenak apakah amalanku sudah cukup? Apakah dewasa itu memberi makna sekiranya aku tidak beribadah? Apakah kita masih akan hidup pada keesokan harinya? Sebenarnya kalau nak berfikir anytime kita boleh berfikir tapi yelah kita sbg manusia sering alpa, leka, lalai. So dah terlanjur birthday kita tu, apa salahnya kita berfikir sejenak. Tak lama pon 5-10 minit je. Okay sahabat? Renung-renungkan dan selamat beramal. Hehehehe ^^V


0 comments:

Post a Comment

 

syiera_umar Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos